Sebuah filem comical/aksi komedi
yang mengisahkan tentang Adnan
Saladdin (Rosham Nor) seorang
pakar LIBASAN dalam permainan
sepak takraw (LIBAS). dia
digelar sebagai raja libas
MALAYSIA. Kehebatannya amat
digeruni pihak lawan terutamanya
dari pasukan siam. kecederaan
berlaku mengakibatkan tekong
Malaysia cedera parah apabila
raja libas gagal menampan bola
rejaman dari killer siam Ak
Nangkhong (yus) akibatnya
malaysia tumpas utk kali kedua
berturut-turut. jurulatih dan
rakan sepasukan Megat (beego)
menyalahkan Adnan kerana
kekalahan itu sehinnga jurulatih
sanggup untuk memutuskan
pertunangan anaknya Ratna (Scha
Al-Yahya) dgn adnan. Raja Libas
resah apabila Mr.Wilson
menawarkan perlawana Libas
underground lebih awal dari
selalunya utk mendapatkn bola
warisan yg mempunyai nilai
sejarah dan kuasa mistikal. Raja
Libas berfikir siapa lagi yang
harus dia ambil sebagai pemain
bagi mengekang kehebatan pemain
thailand. Akhirnya raja libas
dapat menemui pemain baru dan
mengumpulkan regu pasukan yang
terdiri daripada Megat (pemain
lama) Hamadi (Johan Raja Lawak),
Kumok (fazli) yang merupakan
taruhan Raja Libas untuk
menentang Thailand. diperlawana
akhir, Malaysia teruk dibelasah
Thailand, Mampukan Raja Libas
Mempertahankan maruah negara?
nantikan kesudahnya di pawagam2
bulan September ini.. LIBAS
2011!
¡¡
News Update:
Harian Metro 30 Jun 2011-
Piala Raja Libas tawar RM20,000
>>Oleh Mohd Hilmie Hussin
Membara..pemain kebangsaan turut
menghadiri sidang akhar Kejohanan Sepaktakraw Antara Regu 1 Malaysia
JIKA anda rasa handal bermain sepaktakraw tapi gagal mendapat peluang
mewakili negara, anda boleh menunjukkan kehebatan dengan menyertai Kejohanan
Sepaktakraw Antara Regu 1 Malaysiabagi merebut Piala Raja Libas yang akan
dianjurkan pada 11-14 Julai ini.
Kejohanan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM20,000 itu dianjur MDAG
Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama Gajah Emas Industries berlangsung di
Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.
Pengarah Urusan MDAG Mohamed Azlan Ghazali berkata kejohanan itu terbuka
kepada semua bangsa membabitkan pemain berusia 15 tahun ke atas dan
mensasarkan sekurang-kurangnya mendapat penyertaan 80 regu.
syarikat penerbitan yang membekalkan program televisyen itu cuba membantu
mempopularkan semula sepaktakraw sekali gus menaikkan nama Malaysia di
pentas antarabangsa.
"sebagai syarikat penrbitan dan membekal rancangan televisyen, kami sentiasa
memikirkan cara mengembalikan semula sesuatu sebagai tanda terima kasih
dengan membantu kerajaan terutama dalam bidang pembangunan sukan melalui
penerbitan filem bertemakan sukan," katanya.
Menurutnya, penganjuran kejohanan itu juga sempena promosi penerbitan filem
Raja Libas yang bakal ditayang di seluruh pawagam tanah air September ini.
Selain wakil MDAG, Setiausaha Agung Persatuan Sepaktakraw Malaysia Datuk
Arshad Yahya dan Pengurus Besar Gajah Emas, Norhilman Mohd Noor turut hadir
di sidang itu.
Untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh layari laman
web www.gajahmas.com/libas.html
Syarat-syarat / Peraturan-peraturan dan Undang-undang pertandingan
1. NAMA
Pertandingan ini dinamakan sebagai ¡®
KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KEBANGSAAN TERBUKA ANTARA REGU 1MALAYSIA 2011¡¯merebut
PIALA RAJA LIBAS .
2. ANJURAN
Kejohanan ini dianjur dan dikelolakan bersama
oleh Gajah Emas Industries Sdn Bhd dan MDAG Marketing Sdn Bhd dengan
kerjasama Syarikat srw.Pallas(Penaja) dan didokong oleh TV3, Harian Metro
serta Kementerian Belia & Sukan Malaysia(KBS). Persatuan Sepaktakraw
Malaysia(PSM) dan Persatuan Sepaktakraw Wilayah Persekutuan(PERSEWIP)
sebagai Penasihat Teknikal. Kejohanan ini di adakan sempena mempromosikan
filem LIBAS.
3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Pertandingan akan diadakan pada:
Tarikh : 11 ¨C 14 Julai 2011 (Isnin
- Khamis)-4 Hari
Masa : 8.30
pagi ¨C 10.30 malam
Tempat : Stadium
Titiwangsa,Kuala Lumpur
4. PERALATAN KEJOHANAN
Semua peralatan rasmi untuk
kejohanan ini akan menggunakan jenama GAJAHMAS keluaran syarikat tempatan
yang dikeluarkan oleh GAJAH EMAS Industries Sdn Bhd,Sungai
Petani,Kedah.
5. PENYERTAAN
5.1. Penyertaan terbuka
kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa yang berumur 15
Tahun keatas.
5.2. Penyertaan adalah
terhad, setiap pasukan boleh mendaftar seberapa banyak regu tetapi pihak
pengelola akan memberi keutamaan kepada pasukan / regu yang mendaftar awal.
Sasaran penyertaan adalah 80 regu sahaja.
5.3. Setiap pemain hanya
boleh mendaftar untuk satu regu sahaja. Setiap regu mengandungi 5 orang
pemain,1 orang Jurulatih dan 1 orang pengurus.( Jurulatih boleh juga
terdiri daripada pemain).
5.4. Penyertaan adalah
TERBUKA(tanpa mengira status pemain), pemain yang pernah mewakili negeri
atau Negara (Sukan SEA & Sukan Asia) dibenarkan mengambil bahagian dan boleh
didaftarkan dalam satu regu.
5.5. Hanya pemain-pemain
yang berdaftar dalam borang penyertaan pemain sahaja layak menyertai
pertandingan ini.
5.6. Sekiranya timbul
sebarang kemusykilan atau pertikaian berhubung dengan kelayakan (status)
mana-mana pemain. Maka perkara tersebut hendaklah dirujuk kepada
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan. Segala keputusan AJK Teknikal &
Pertandingan adalah muktamad.
5.7. Setiap penyertaan
hendaklah disertakan dengan Yuran Penyertaan sebanyak RM150.00 ( Ringgit
Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) untuk satuREGU. Bayaran boleh dibuat
melalui :-
5.7.1. Tunai atau
Cek (atas nama Gajah Emas Ind.Sdn Bhd)
5.7.2. Dimasukkan ke No.Akaun-RHB Bank Berhad-202023-000-4458-2
(Gajah Emas Ind.Sdn Bhd)
5.7.3. Slip pembayaran bersama Borang Penyertaan hendaklah di Faks
kepada Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan ke nombor-
04-4259493 ATAU 04-4218733 atau email gajahmas@gmail.com
5.8 . Pihak pengelola berhak menolak mana-mana
pasukan / regu yang tidak memenuhi syarat atau lewat mendaftar tanpa
memberi apa-apa sebab.
6. TARIKH TUTUP DAN PENGUNDIAN
6.1. Tarikh TUTUP PENYERTAAN ialah pada 9 Julai
2011(Khamis) jam 5.00 petang. Borang penyertaan berserta
Yuran hendaklah sampai ke pihak pengelola sebelum tarikh dan masa tersebut.
6.2. Pengundian dan taklimat pengurus akan
diadakan pada jam 5.15 petang hari yang sama (Tarikh Tutup). Pengundian akan
diadakan di Bilik Mesyuarat Stadium Titiwangsa (sebarang perubahan masa
dan tempat akan dimaklumkan segera).
6.3. Pihak pengelola berhak mewakili mana-mana
pasukan/regu yang tidak dihadiri oleh pengurus atau wakil pasukan/regu
tersebut dalam proses pengundian. Carta pertandingan akan
dipamerkan pada hari pertandingan sebelum perlawanan pertama bermula.
Semua keputusan Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan adalah muktamad.
7. SISTEM PERTANDINGAN / UNDANG-UNDANG
PERMAINAN
7.1. Pertandingan ini dijalankan secara LIGA
SATU PUSINGAN dengan kiraan mata 21 ¨C 25, 21 ¨C 25
dan 15 ¨C 17.
7.2.
Regu yang menang 2-0 akan mendapat 3 MATA, menang 2 -1 akan mendapat 2
MATA manakala
yang kalah tidak akan mendapat apa-apa MATA.
7.2.1. Setelah selesai perlawanan dalam kumpulan dan didapati kiraan
mata diperolehi adalah sama
oleh 2 regu atau lebih maka kemenangan akan
ditentukan dengan kaedah berikut:
a) Kiraan perbezaan set
b) Kiraan Angka-Angka Mata yang diperolehi.
7.2.2. Sekiranya selepas kaedah di atas masih
sama juga oleh 2 regu maka regu yang
mengalahkan lawannya pada peringkat kumpulan akan dikira
pemenang.
7.3. Setiap regu akan ditempatkan dalam
beberapa kumpulan dan Johan ATAU Johan & Naib Johan kumpulan masing-masing
akan layak bermain untuk pusingan kedua (KALAH ¨C KELUAR ) dengan kiraan mata
21 ¨C 25 , 21-25, 15 ¨C 17. Jumlah kumpulan akan ditentukan oleh Jawatankuasa
Teknikal & Pertandingan berdasarkan jumlah penyertaan pada tarikh tutup dan
setiap kumpulan mengandungi tidak kurang dari 3 regu atau lebih.
7.4. Undian pusingan kedua (KALAH ¨C KELUAR)
akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan. Semua keputusan
undian pertandingan adalah muktamad.
7.5. Semua pasukan/regu hendaklah mengesahkan
penyertaan 15 minit sebelum perlawanan pertama bermula kepada Ketua
Pengadil. Sekiranya gagal berbuat demikian ianya dianggap
menarik diri dari pertandingan.
7.6. Mana-mana pasukan/regu
yang Menarik Diri sebelum / selepas perlawanan pertama bermula Yuran
Penyertaan tidak akan dikembalikan . Jika berlaku semasa pertandingan Liga
Pusingan Awal, maka pasukan/regu akan dianggap sebagai menarik diri
keseluruhan perlawanan dan semua keputusan yang terdahulu dibatalkan.
7.7. Semua pemain mestilah
berada di gelanggang 15 minit sebelum perlawanan bermula. Mana-mana regu
yang lewat akan dikira kalah kecuali dengan alasan yang munasabah dan atas
budibicara Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan.
7.8. Setiap regu hendaklah
bersedia bermain seperti yang diarahkan oleh pengadil walaupun baru
menghabiskan sesuatu perlawanan(selepas diberi rehat selama 5-10 minit).
7.9. Semua pemain hendaklah
berpakaian sukan yang kemas, berkasut getah dan pemakaian jersi yang
bernombor adalah digalakkan ( Nombor yang dibenarkan 1 ¨C 15 ). Ketua regu
hendaklah memakai ¡® Arm Band¡¯.
7.10. Hanya sekali sahaja
pertukaran pemain dibenarkan bagi setiap perlawanan.
7.11. Selain peraturan yang
terkandung, pertandingan ini juga dijalankan mengikut undang-undang
permainan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang berkuatkuasa ketika ini.
7.12. Jika terdapat salah
tafsiran / fahaman mengenai undang-undang ini maka segala tafsiran
Jawatankuasa pertandingan akan diguna pakai. Semua keputusan adalah muktamad.
8. TATATERTIB DAN PENGANTUNGAN
8.1. Semua pegawai dan pemain
diminta mematuhi undang-undang dan peraturan permainan yang telah ditentukan
oleh pengelola serta hendaklah menyertai pertandingan ini atas semangat
kesukanan dan semangat muhibah yang tinggi.
8.2. Mana-mana pemain yang
dikenakan Kad Merah akan digantung dari menyertai pertandingan ini sehingga
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan membuat keputusan selanjutnya.
9. BANTAHAN DAN RAYUAN
9.1. Sebarang bantahan dan rayuan hanya
boleh dibuat oleh pengurus melalui borang rasmi yang disediakan oleh pihak
Jawatankuasa pertandingan tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat
perlawanan regu tersebut kepada Jawatankuasa Juri Rayuan.
9.2. Setiap bantahan dan rayuan
hendaklah disertakan dengan Wang Tunai sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia
Lima Ratus sahaja) sebagai pertaruhan. Wang ini akan luput sekiranya
bantahan atau rayuan ditolak.
9.3. Semua keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Juri Rayuan adalah MUKTAMAD.
9.3.1 Jawatankuasa Juri
Rayuan
a)
Pengerusi Pengelola atau wakil
b) Penyelaras Kejohanan atau wakil
c)
Setiausaha Pengelola atau wakil
d)
Ketua Pengadil atau wakil
e) 3
orang Pengurus berkecuali @ Pegawai-Pegawai Kejohanan yang difikirkan perlu
10. PENGADIL DAN HAKIM
GARISAN
Semua pengadil yang bertugas
adalah pengadil yang bertauliah yang dilantik oleh Penganjur dan
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan melalui Persatuan Sepaktakraw Malaysia
(PSM). Pihak pengelola juga akan menyediakan Hakim Garis. Semua keputusan
Pengadil dan Hakim Garis adalah muktamad.
11. HADIAH-HADIAH
Pihak penganjur akan menyediakan hadiah-hadiah
berbentuk Wang Tunai Piala/Medal Iringan seperti berikut;
JOHAN :
RM10000.00 + Piala Raja Libas + Piala/Medal Iringan
N/JOHAN : RM5000.00 +
Piala/Medal Iringan
KE TIGA : RM2000.00
+ Piala/Medal Iringan
KE EMPAT : RM1000.00 +
Piala/Medal Iringan
Ke 5-8
: RM500.00
Jumlah keseluruhan Wang Tunai
ialah sebanyak RM20,000.00
12. PERKARA AM
12.1. Segala perbelanjaan pasukan / regu
adalah tanggungan sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab
atas tuntutan oleh pihak lain ke atas pasukan / regu tersebut.
12.2. Sebarang kelakuan buruk yang diarahkan
kepada pegawai / pengadil diluar gelanggang adalah dianggap dilakukan di
dalam gelanggang.
12.3. Semua pasukan / regu yang mengambil
bahagian adalah kemahuan sendiri, maka pihak pengelola tidak akan
bertanggungjawab atas segala kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang
kejohanan ini berlangsung.
12.4. Segala perkara berbangkit dan tidak
tercatat dalam peraturan dan undang-undang ini,maka pihak pengelola berhak
dan berkuasa membuat keputusan. Semua keputusan adalah muktamad.
13. BORANG PENYERTAAN
Semua borang penyertaan boleh didapati dan
diserahkan dengan lengkap beserta Yuran Penyertaan sebelum atau pada 9 Julai
2011(Khamis) jam 5.00 petang kepada penama-penama berikut .
13.1. En.Mohd Yusni Bin Md Yusop(GE)
- 0124688068
13.2. En.Zaki(PSM)
-
017-3362802
13.3. En.Hisham(PERSEWIP)
- 0123900057
PENTING :
Borang-borang penyertaan yang diterima
SELEPAS jam 5.00 petang 9 JULAI 2011(KHAMIS) tidak akan diterima
penyertaannya lagi. Pengundian akan jalankan pada jam 5.15 petang di Bilik
Mesyuarat Stadium Titiwangsa,Kuala Lumpur.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Pengelola Piala Raja Libas